Kelemahan murid-murid dalam menguasai matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. Ramai di kalangan murid-murid yang merasakan matematik sebagai sesuatu matapelajaran yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua pelajar.
Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukatan, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran sebagai suatu pengalaman, jarang diberi penekanan oleh guru. Namun demikian, tidak sepatutnya juga guru dipersalahkan seratus peratus dalam hal ini. Ini kerana guru juga perlu memastikan anak muridnya akan cemerlang dalam peperiksaan terutama dalam peperiksaan umum. Guru perlu segera menghabiskan sukatan pelajaran dan perlu membimbing murid cara-cara untuk lulus dengan mudah dalam peperiksaan. Dengan secara tidak langsung penekanan oleh guru terhadap penguasaan pemikiran matematik dan kefahaman konsep agak kurang.