Berikut adalah beberapa kesalahan-kesalahan yang dikesan di dalam membuat pengukuran isipadu cecair:-
1. Banyak kesilapan berlaku di kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran topik Isipadu Cecair terutamanya di dalam membuat perbandingan isipadu antara 2 bekas yang berlainan saiz.
2. Murid kebiasaannya terus membuat perbandingan berdasarkan ketinggian bekas berbanding isipadu di dalamnya.
3. Masalah guru yang tidak membuat penerangan secara jelas dan mudah untuk murid fahami sewaktu sessi pengajaran bagi subtopik ini.
4. Kelemahan guru mengenalpasti masalah yang dihadapi murid untuk memahami konsep isipadu cecair ini dengan lebih awal.
Apakah penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah yang telah kita kenalpasti di atas berhubung konsep isipadu cecair?
Guru perlu menggalakkan murid berfikir secara matematik melibatkan hubungan dalam membina pemahaman matematik. Belajar berfikir secara matematik berlaku sekiranya seseorang itu mempunyai asas matematik dan boleh mengaplikasikannya di dalam situasi tertentu. Ia juga merupakan kebolehan seseorang dalam menggunakan peralatan yang perlu semasa kelas matematik berlangsung
0 ulasan:
Catat Ulasan