Video ini sangat menarik dan sesuai digunakan oleh para guru matematik tahun 2 untuk memperkenalkan tajuk isipadu cecair. Maklumat di dalam video ini menerangkan beberapa cara untuk mengukur dan membanding isipadu cecair. Antaranya ialah:
1. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran "standard unit."
2. Mengukur isipadu cecair menggunakan ukuran tidak "standard".
3. Membanding isipadu cecair dalam 2 bekas yang berbeza saiz.
Berikut adalah penerangan tentang situasi pengajaran yang terdapat di dalam video ini. Situasi ini menerangkan kepada kita bagaimana untuk mencari kandungan isipadu cecair di dalam sebuah botol minuman. Isipadu botol tersebut diukur menggunakan jug penyukat(1 liter). Botol tersebut memerlukan sebanyak sepuluh kali isian air pada jug penyukat. Ini bermakna botol minuman tersebut dapat diisi dengan 10 liter air.
Situasi berikutnya menunjukkan bagaimana caranya mendapat isipadu air di dalam sebuah kolam renang. Pengukuruan kandungan air di dalam kolam ini diukur menggunakan ukuran "non standard unit". Alat pengukur yang digunakan ialah sebuah baldi.Setelah diukur ,didapati kolam mandi itu dapat diisi dengan 100 kali isian penuh air sebuah baldi. Ini bermakna 1 kolam renang bersamaan 100 buah baldi.
Seterusnya video ini menerangkan kepada kita kaedah yang berkesan untuk mencari bekas yang sesuai untuk menampung kandungan isipadu cecair.
Secara kesimpulannya video ini merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran secara interaktif .Ianya sesuai di gunakan untuk pemperkenalkan konsep mengukur dan membanding isipadu cecair. Penerangannya amat jelas dan membantu membina konsep asas kepada murid-murid.
0 ulasan:
Catat Ulasan